menulis untuk mengenal diri . menulis untuk mengajar diri . menulis untuk menegur diri .

22 December 2013

drive the life



hidup.
dapat dimetaforakan seperti memandu kereta.
cekap mengawal stereng.
bersedia mengelak jika ada lopak. atau ada yang tiba tiba melintas.
dapat mengagak apa yang menunggu di depan.
tetapi tetap pandu dengan penuh gaya bak Paul Walker
dan penuh hemah bagai ada pegawai JPJ sedang memerhati.

ya. begitu juga hidup.
harus cekap. harus sedia. harus dapat mengagak.
cekap mengawal nafsu diri.
sedia menghadap mehnah dan tribulasi hidup.
dapat mengagak masa depan atau dalam kata yang lebih ekstrem, harus bisa memasang impian serta berusaha untuk capai redha Nya.

jangan diingat hidup seperti cerita novel. atau bagai fairy tail yang di dongengkan.
usah mengharap hidup yang realiti ini ber-happy ending jika tidak menuju ke arah itu.

    إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهم
ْSesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka.
- ar-Ra'd ayat 11

so, as the driver we ought to know our destination. where? whether it is to Jannah or vice versa. just then we can prepare our car for the awesome journey. yes. the best one.  

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:

Rasulullah SAW bersabda: Allah Ta'ala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hambaKu terhadapKu dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingatKu. Apabila  dia mengingatKu dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diriKu. Apabila dia mengingatKu dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekatiKu sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepadaKu dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari.
(Sahih Muslim no. 4832)

sweetnya Allah.
kita sahaja yang bongkak. berjalan mendabik dada tanpa mahu melakukan apa apa usaha untuk mendekati Sang Pencipta, Ya Rabb.

Dia selalu ada di sana menunggu si hamba berpaling kepadaNya. cuma, si hamba itu yang beralasan itu ini. beralasan demi menutup nafsu dan kemalasan yang menguasai diri.

      " If there's a will, there's a way. "

bangun. bangkit dari katil. tepis dovets ke tepi dan buka jendela kamar yang mengurung diri. agar nyaman udara memenuhi dan sinar mentari menerangi.

hashtag : shine your life with Taufeeq and Hidaayah from Allah (:

amore, ponto.



17 December 2013

first sem break

sebulan. kurang lebih laa. aku dapat peluang merasa kedamaian lantai rumah, dapat menikmati kesejukan air paip kat kampung dan menghayati keenakan makanan kat sini even cuma ikan masin. itu adalah nikmat yang lebih besar daripada yang lain. cuti sem yang 'indah khabar dari rupa'. yelaa. bunyik je sebulan tapi hakikatnya macam seminggu je. cepatnya masa berlalu kann? hermm. dunia akhir zaman. hehe.

sebelum balik, punyalah banyak planning nak buat itu nak buat ini tapi bila dah ada kat rumah.. haha. macam semua turn up and down 360 darjah. aku pun tak tahu lah apa yang dah aku buat selama hari yang dah berlalu pergi mengurangkan jumlah hari cuti aku. choii. membazir masa je keje. bertaubatlah.

tapi ingat.
kita merancang dan Allah juga merancang. dan sebaik- baik perancang adalah Allah.

so, i've did something yang aku tak plan pon nak buat masa aku ber'honeymoon' ni. iaitu influenting my english. aku join Cambridge Education Service (CES). cousin aku yang ajak. yes. as its name, dia macam pusat bahasa la centu. tapi tak bermakna nama dia Cambridge dia just ajar bahasa omputih je. macam macam bahasa ada. yang aku tahu ada japan, france and korea maybe. learning style kat sana best. cikgu cikgu pon sporting habes. so bagi budak yang baru nak belajar macam aku ni takde la rasa awkward and shy shy cat sangat sebab teacher diorang memang superb I tell you. dah la budak budak kat dalam kelas aku tu jenis yang otak lopsided. haha. diorang kalau bercakap memang kalah murai. sampai teacher pon naik pening. tapi aku tabik laa sebab even diorang ada yang muda dari aku *bukan bermaksud aku dah tua eak* diorang berani la nak bukak mulut cakap omputih pom pang pom pang *kitorang kat sini memang kena cakap full english* .  even sometime tu grammar main hentam je. nama pon nak belajar kan. tak payah malu malu. bahkan mungkin yang salah tu nanti kita akan lebih ingat.

yang best nye jugak kat sini, in one class dia blended semua umur. means tak kira la anda di peringkat remaja,dewasa atau warga emas anda boleh jadi dalam satu kelas. so buat kita lagi open minded. bergaul dengan macam macam orang kan. muslim non-muslim. yang study yang keje semua ada lah. what a colourful class. *classmate aku ada yang keje dekat airport. tapi bukan pilot la. haha dia part admin*

then after few classes aku pergi, I think my confidence dah makin bertambah. cecehh. yela. rasa interesting pulak nak speaking. kalau dulu malu la jugak sebab aku bukannya pandai sangat. mahunya berbelit lidah aku ni.

talking about confidence ni, aku teringat one day ni aku pergi untuk conversation kelas. dalam kelas ni kitorang kena bercakap je la. teacher that day miss eili dan tajuk untuk hari tu Self Improvement. kena cakap pasal strength and weakness masing masing. aku pun mula lah menggaru kepala yang memang tak gatal. kalau weakness tu memang berkajang la kalau nak list tapi kalau strength tu yang buat aku termenung tengok dinding jap. haha. am have no idea. macam riak la pulak nak cakap kelebihan sendiri. tapi aku cuba jugak cakap dah itu yang kena buat. lagipun untuk belajar kan bukannya nak menunjuk ke apa. then masing masing pon ber ceritera lah tentang ownselve.

aku pon melangkah perlahan ke depan seems dah sampai turn aku nak kena present. aku bagitau pasal weakness aku. blablabla and bla. tapi ada satu ayat aku ni telah buat miss eili sentap jap *takla sentap sangat senanye just buat aku dia and yang lain tergelak sikit*

miss eili ni cute tau. chubby but still cute for me. so nak dijadikan cerita nyer time aku dok syok sendiri cakap pasal weakness tu aku tercakap " I just feel like an ant sitting near to an elephant "
miss eili terus cakap " do you say to me? "
aku terus gelabah " ehh no! no! " aku pon terangkan la apa yang aku maksudkan sebenarnya. haha. boleh pulak terlepas cakap macam tu. tapi memang aku takde niat nak tuju kat sape-sape pon. kebetulan. haha. nasib baik miss eili tak terasa lebih. yela mesti dia pon tahu aku bukannya maksudkan dia.
tapi serious aku suka belajar dengan miss eili ni. best. aku suka style dia. sempoi je. and dia la buat aku rasa lebih yakin nak speaking ni. thanks much teacher!!

alright, till then. I will update soon.

armour, ponto.

5 November 2013

hijratu

nokk nokk . dah tido ke semua ? papp ! aduhh . gosok kepala sambil pandang atas . dah namanya malam buta ni , soalan jenis apa yang kau bawak kat sini ?
erk . hokeh hokeh . 

even kalau ikut jam malaysia sekarang ni dah memang jam untuk sekalian manusia menikmati malam kat atas tilam Vono yang empuk tu , tetapi aku percaya kalau kat timur tengah sekarang ni malam masih muda la youu . kenapa timur tengah ? sebab yang tu je aku tahu current time dia pukul berapa --''

okey . berbalik kepada topik asal . 
setelah menunggu jam berganti jam . hari berganti hari . dan tahun berganti tahun . sekarang , hijrah dah menggenapkan angkanya ke 1435 . Alhamdulillah . pejam mata sambil lepas nafas lega . dan bermaksud juga bermula lah tahun baru dengan erti kata yang sebenar especially buat umat islam di seantero dunia ini . kalau kat sekolah rendah dulu asal tahun baru je mesti cikgu akan tanya  'apa azam awak tahun ni ?' memang soalan yang akan selalu ditanya sampai boleh hafal skema jawapan yang nak dijawab untuk masa lima tahun duduk kat sekolah rendah . 

dulu soalan itu akan dipandang sebelah mata . bukan dulu je . sekarang pon kalau ikutkan sebenarnya . tapi one day time kitorang tengah berusrah . naqibat pun mengeluarkan satu topik yang memang aku pun terfikir lama jugak . apa tujuan hidup kitorang ? terdiam . terfikir . apa eak ? 

aku dan kawan kawan semua macam apa eak . siap main jeling jeling main bahasa isyarat kau la cakap dulu . eh kau la aku pulak . nampak tak ketidak ada tujuannya kat situ . mendengus perlahan .
disebabkan kitorang pun dah macam tak ada yang membantu langsung , siap bukak topik lain lagi . naqibat kitorang pun bukak lah satu video ni . dia cakap mana la tahu kotkot membantu mendapatkan tujuan hidup semula . huh . nasibla dapat adik usrah macam ni . mohon ampun yaa .

* * *

dah siap tengok video . tersentuh tersentap jugak . video pendek tapi buat aku terfikir eh betul la . fikir apa tujuan sebenar aku hidup dan dihidupkan kat atas muka bumi ini . memang jawapan senang adalah sebagai khalifah . pembantu agama Allah . tapi macam mana nak jadi khalifah yang benar-benar membantu deen itu ? aku juga tak dapat jawab . 

kalau ditanya apa yang aku nak kat dunia ni memang panjang lah senarai . mahu berkajang aku tulis . tapi kalau disoal benda apa yang aku harap kat akhirat nanti ? memang boleh jawab tapi . . . adakah aku memang betul-betul berusaha ke arah apa yang aku nak ? apakah aku berharap dengan sepenuh hati dan seikhlas mungkin kepada Dia ? adakah aku benar-benar bergantung harap pada Nya ? mungkin ya . . mungkin tak .

ini la masalah nya . jangan dikejar sangat yang dunia ni . tak kekal pun . kenapa tak kejar sungguh-sungguh benda yang konfem akan jadi ? balasan kat sana nanti . kalau kita kejar akhirat , insyaAllah yang dunia pun berlari datang . untuk dirisendiri utamanya .

sebelum noktah . teringat awal muharam yang lepas . 
aku dia dan dia kumpul kat rooftop blok kitorang . baca doa akhir tahun sama sama . sambil tunggu maghrib masuk , tengok sunset . herm . cepatnya masa berjalan . sekarang semua dah duduk lain lain tempat . tadi pun mesej je ucap salam maal hijrah . sungguh ! aku rindu mereka . walau seorang duduk timur  seorang duduk barat , insyaAllah dengan izinNya kami akan diketemukan semula . atas dasar apa ? dasar halwa ukhuwah kami . ameen ! lima tahun lepas the best years ever dalam hidup . sayang kau kau dan kau !

amore , ponto .



3 November 2013

langit menangis

malam sepi . di sudut bilik , keseorangan menghadap komputer riba atas katil . roomate dah awal awal lagi merehatkan diri setelah seharian bergerak . padahal aku yang tido lambat .

langit menangis lagi . walaupun sudah beberapa hari menumpahkan air jernih ke muka bumi . walaupun cendawan dah subur tumbuh dekat rumput depan tingkap bilik . malam ini , air jernih itu tetap curah . 

besarnya kuasa Allah . daripada awan yang kalau dalam cerita dongeng diibaratkan macam gula-gula kapas , terkandungnya cecair yang dipanggil hujan . yang dapat menyuburkan alam . yang dapat memberi kesejukan setelah kemarau . yang dapat memberi demam . yang dapat memberi nikmat . juga bencana . tetapi hujan hanya sekadar wasilah . hakikatnya daripada Allah .

adakah hati aku juga begini ? renung dinding bilik .
ye . seperti hujan . adakah hati aku juga sedang menangis . menangis mengenangkan dosa-dosa yang telah aku buat selama aku hidup . menangis teringatkan berapa banyak titik hitam yang telah aku tinggal dalam hati . menangis terfikirkan bagaimana nasib di hadapan Sang Pencipta pada yaumuddin kelak .

luaran tampak tenang . tetapi fikiran rasa kusut . hati dilanda resah . jiwa kian meronta . sebab ?
sebab aku sahaja yang tahu bagaimana diri yang serba kekurangan ini . nanges . 
masih banyak yang perlu belajar .
masih banyak lopak-lopak iman yang perlu diisi .
masih banyak perkara yang harus faham .
masih banyak . TERLALU BANYAK .

masa perlu dijaga . ia bagai pedang . jika kita tidak memotongnya , ia akan mengelar kita .
Allah kan ada berfirman,
Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian . kecuali  orang yang beriman dan beramal soleh .

Allah . 
jadikanlah kami hambaMu yang soleh solehah .
golongkanlah kami dalam golongan yang memasuki syurgaMu .
ameen !

amore , ponto .

1 November 2013

rambut sama hati lain

kita manusia .
tak sama .
mungkin rambut sama hitam sama perang .
mungkin hati sama tempat tapi .
tak sama isi . 

jangan ingat bila kita A orang juga A .
mungkin mereka akan pilih a atau B atau b .

hidup bermasyarakat .
kena pandai bergaul . 
nanti makan dalam , susah .
hablu minallah hablu minannas itu penting .
SANGAT penting .

sekali kena buat tak endah .
dua kali kena boleh maaf tak tahu ikhlas ke tak .
kalau dah berkali-kali . 
agak susah .

memang maaf itu perlu .
sedangkan Rasulullah SAW maafkan umat .
sedangkan ALLAH ampunkan hamba .
apatah lagi si pendosa ini .

tetapi , 
sabar itu kadang bagai dicabar .
hati itu bagai ditoreh .
jiwa itu bagai diguris .

diri hanya insan lemah .
yang sentiasa menangis sendiri .
mengenangkan kelemahan diri . senyum sumbing
yang tidak mampu melawan dugaan .
kecuali dengan pertolongan Nya .

* *  *
to be continued .

amore , ponto .